Pemecatan Khalifah Islam Terakhir

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid 
( 1876 - 1909 )



Tahukah anda, turki uthmaniyah pernah bersekutu bersama jerman, jepun menentang freemason british yang terdiri perikatan britain, perancis dan rusia semasa perang dunia pertama. jepun dan china juga amat membencikan yahudi kerana mereka sudah masak dengan sikap yahudi yang banyak membawa kerosakan dimuka bumi ini, kerana apa? kerana mereka tamak.

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.



Pemimpian khalifah Islam sultan mohamed hamid II yang dijatuhkan oleh rakyatnya yang jahil.


Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

Kadar jenayah di dunia tidak akan pernah selesai, angkara siapa? angkara umat islam sendiri yang inginkan freemason memerintah dunia, sebagaimana umat islam turki yang jahil menjatuhkan pemimpin sultan mohamed hamid II dan mereka sendiri yang menjatuhkan turki uthmaniyah. cuba lu semua tanya diri lu, kenapa rogol, kecurian, pembunuhan, kekejaman dan kerosakan sering kali berlau didunia ini?? fikir-fikirkan,

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.


Kenapa rakyat malaysia menangis dan ditindas berdekad-dekad dan ber abad-abad? kerana umat islam turki sendiri yang jahil menjatuhkan pemimpin khilafah dan tertaksud kejahatan mustafa kamal.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.


Kenapa israel wujud? hanya umat islam turki yang jahil sahaja yang tahu, kerana mereka termakan hasutan agen freemason mustafa kamal atatur, dan bersama menjatuhkan pemerintahan khalifah sultan mohamed hamid, sehingga turki uthmaniyah pecah menjadi kecil, dan taringnya hilang, oleh kerana itu pihak-pihak freemason dan barat tidak gentar lagi akibat kejatuhan kuasa besar Islam iaitu turki uthmaniyah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.


Kenapa maksiat sering berlaku? kenapa artis seksi  tetapi pemimpin tidak berani menegur? kerana freemason juga menguasai negara kita. itu perjanjian malaysia dengan britain sebelum kemerdekaan.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

Manusia adalah hamba Allah SWT yang diamanahkan menjadi khalifah di muka bumi ini. Tugas khalifah begitu amat luas yang meliputi segala aspek dalam menyempurnakan kehidupan umat manusia dan seluruh alam. Justeru kita diwajibkan bertanggungjawab terhadap amanah tersebut. Tetapi sayang, manusia sendiri yang telah mengkhianati amanah Allah sehingga menyebabkan kerosakan sering berlaku dimuka bumi ini. sebagaimana apa yang kita lihat sekarang.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.



Senarai-senarai plan freemason untuk melalaikan umat islam daripada bangkit.
Setiap kali kedatangan piada dunia, umat islam dan dunia alpha dan lalai, menjadi lupa tanpa memikir umat islam kususnya di palestin kena tindas.

Setiap kali kedatangan sukan olimpic, umat islam dan dunia alpa dengan keduniaan dan kemaksiatan.

Sukan komanwel dan negara-negara komanwel cara britain si negara freemason untuk menguatkan hubungan, paling banyak adalah negara-negara islam termasuk malaysia, dengan caya beginilah britain dapat mengawal sistem-sitem freemason mereka di setiap negara di dunia Islam.


Umat islam dimalaysia tidak kecuali dari kelalaian, kebanyakkan mereka behadapan dengan program maksiat sehingga mereka menadi alpha dengan duniawi tanpa memikir umat islam yang di tindas oleh si kafir.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.




Apa tujuan PBB ditubuh? setiap negara islam yang berkonflik hanya tentera PBB sahaja yang datang, dimana tentera mesir? arab?  syria? libya? qatar? DLL. penubuhan PBB ini adalah senjata barat atau freemason untuk menguasai dunia.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.




Britain adalah negara kacil, tidak sama seperti amerika, rusia dan china, kenapa britain di anggap sebagai kuasa besar kerana mereka sebuah negara kecil? nak tahu? sebab mereka mempunyai undang-undang perlembagaan di setiap negara jajahan mereka di negara-negara arab, dan beberapa negara yang lain termasuk malaysia. jadi boneka britain ada dimana-mana tanpa disedari tambah pula orang-orang yang cetek ilmu.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.





Kehancuran palestin akibat ketiadaan turki uthmaniyah, turki uthmaniyah dijatuhkan israel dibangunkan.


Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. 
Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Apa yang telah berlaku, kita harus menerima dengan hati terbuka, ini semuana takdir Allah s.w.t. Mungkin kah Alllah s.w.t mahu menunjuk kepada kita apa telah terjadi kepada dunia tanpa kekuatan Islam dan khalifah, sebab itulah kita harus berusaha mengembalikan sunnah nabi muhammad saw, bukan berusaha hanya semata-mata duniawi dan rezeki, Rezeki boleh dapat dimana-mana di dunia ini, jadi kita haruslah beriman dan taat akan perintahnya. Kita harus berusaha membangunkan semula khalifah bukan duniawi.



psst...Inilah akibatnya tidak menjaga amanah Allah s.w.t dengan batul. Islam tidak akan menang selama-lamanya selagi tidak bersatu dan selagi tidak membuntuk khalifah yang baru. tahukah anda, dulu yahudi hanyalah menguasai politik britain, kini pula mereka berjaya menguasai politik amerika. maka kuasa besar sebenar adalah israel.



 Tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu -  Sultan Mohamed Hamid II 

Comments

Popular posts from this blog

Doa Elak Cabul & Rogol

10 Orang yang Dijamin Masuk Syurga

UMMU NIDHAL (Khansa Palestin)