Posts

Showing posts from 2011

Kisah benar di bilik mayat

Image
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Pakaian dan Perhiasan: Pakaian Wanita Islam

Pakaian dan Perhiasan: Pakaian Wanita Islam Islam mengharamkan wanita memakai pakaian yang membentuk dan tipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bagian-bagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya. Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan bisa masuk syurga, dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."    (Riwayat Muslim, Babul Libas)

Masalah Bid'ah

Masalah Bid'ah "Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu". Al-Maidah, 5:3. * Bid'ah Menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah * Kenduri Arwah * Kenduri arwah, tahlilan & yasinan menurut ulama Syafie * Menghadiahkan pahala bacaan kepada si mati * Pengharaman kenduri arwah, tahlilan, yasinan & selamatan * Wasiat Ibnu Umar r.a. * Hukum mendoakan orang mati

Minuman berkarbonat jejaskan kesihatan

Image
Minuman berkarbonat sememangnya popular di kalangan pengguna. Hakikatnya, biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama — banyak gula. Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering ‘dipinggirkan seketika’ terutamanya pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah. Tarikan iklan yang menceritakan ‘keasyikan’ menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan. Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah. Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita.  Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa. Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang ber

Apa Itu Qazaf?

PENGERTIAN QAZAF Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya. PEMBAHAGIAN QAZAF 1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil. 2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah maruah seseorang dan menghinanya. Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

Pengajaran atau merosakkan akidah?

Image
Assalammualaikum, agak sedikit keletihan hari ini, tetapi walau bagaimanapun admin nak bagi sedikit ulasan tentang filem KONGSI ini. Filem arahan pengarah baru kita iaitu Farid Kamil. Tahniah atas kejayaan mengarah filem ini dengan bagus sekali. Sekarang mungkin sudah mengutip lebih daripada 10 juta ringgit, tahniah sekali lagi.  Tema yang digunakan pada muka hadapan iklan filem ini ialah LU LANGSI LU MATI. Tema yang merujuk kepada aksi seram dan ganas (18SG). Kebanyakan rakyat kita ramai yang meminati filem aksi sebegini, tetapi setiap filem mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Sedikit ulasan tentang filem ini memaparkan kisah 3 kumpulan ahli kongi gelap yang menjadi gengster di Kuala Lumpur, tetapi seorang demi seorang ahli daripada setiap kumpulan mati dibunuh oleh pembunuh upahan iaitu SAM dalam lakonanya memegang watak Tumulak. Tetapi yang mendukacitakan dalam filem ini terdapat unsur-unsur syirik iaitu SAM dan kawan-kawannya yang lain duduk melutut di hadapan tokong buddha.

10 Orang yang Dijamin Masuk Syurga

Image
Al’Asyaratu almubasysyaruna biljannati 10 Orang yang dijamin masuk Syurga yang tercatat dalam “ARRIYADH ANNADHIRAH FI MANAQIBIL ‘ASYARAH” dari sahabat Abu Dzar Ra, bahwa Rasulullah Saw masuk ke rumah Aisyah Ra dan bersabda : “ Wahai Asyah inginkah engkau mendengar kabar gembira?”Aisyah lalu menjawab, “tentu ya Rasullulah.” Lalu baginda Nabi Saw bersabda : “Ada sepuluh orang yang mendapat kabar gembira masuk Syurga, yaitu : 1.   Ayahmu (Abu Bakar) masuk Syurga dan kawannya adalah Ibrahim; 2.   Umar masuk Syurga dan kawannya Nuh; 3.   Ustman masuk Syurga dan kawannya aku; 4.   Ali masuk Syurga dan kawannya Yahya bin Zakaria; 5.   Thalhah masuk Syurga dan kawannya Daud; 6.   Azzubair masuk Syurga dan kawannya Ismail; 7.   Sa’ad bin Abi Waqqash masuk Syurga dan kawannya Sulaiman; 8.   Said bin Zaid masuk Syurgadan kawannya Musa bin Imran; 9.   Abdurrahman bin Auf masuk Syurga dan kawannya Isa bin Maryam; 10.   Abu Ubaidah Ibnul Jarrah masuk Syurga dan kawannya Idris Alaihissalam.” Kesep

Hamba kembali

Image
Assalammualikum. Akhirnya datang juga semangat untuk tulis blog, jadi kepada insan-insan diluar sana selamat berkenalan kita di tirai dakwah SFA ini. Kenapa SFA? apa tu SFA? itulah nama hamba, kalau nak tahu cari sendiri nama penuh hamba. Semoga dengan izin Allah SWT dapatlah hamba menyebarkan dakwah di seluruh dunia dan kita dapat sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan di dunia yang sementara ini. Dalam my diary akan hamba kongsikan berbagai-bagai kisah, termasuk diri sendiri dan Islam. Sekian Alhamdulillah

huhu..

Mintak maaf. Lama tidak update blog, lepas ini InsyaAllah admin akan update blog dengan informasi-informasi yang berguna. Assalamualikum