Pengajaran atau merosakkan akidah?
Assalammualaikum, agak sedikit keletihan hari ini, tetapi walau bagaimanapun admin nak bagi sedikit ulasan tentang filem KONGSI ini. Filem arahan pengarah baru kita iaitu Farid Kamil. Tahniah atas kejayaan mengarah filem ini dengan bagus sekali. Sekarang mungkin sudah mengutip lebih daripada 10 juta ringgit, tahniah sekali lagi.
Tema yang digunakan pada muka hadapan iklan filem ini ialah LU LANGSI LU MATI. Tema yang merujuk kepada aksi seram dan ganas (18SG). Kebanyakan rakyat kita ramai yang meminati filem aksi sebegini, tetapi setiap filem mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Sedikit ulasan tentang filem ini memaparkan kisah 3 kumpulan ahli kongi gelap yang menjadi gengster di Kuala Lumpur, tetapi seorang demi seorang ahli daripada setiap kumpulan mati dibunuh oleh pembunuh upahan iaitu SAM dalam lakonanya memegang watak Tumulak.
Tetapi yang mendukacitakan dalam filem ini terdapat unsur-unsur syirik iaitu SAM dan kawan-kawannya yang lain duduk melutut di hadapan tokong buddha. Sedangkan pengarah boleh mencari latar belakang negara Thailand yang lain atau lebih sesuai untuk dipertontonkan.
Jadi di sini admin hendak membuat kesimpulan walaupun kita sebagai seseorang yang hanya memegang watak dalam sesebuah filem, janganlah memilih watak yang bertentangan dengan agama Islam ataupun yang boleh merosakkan akidah kita. Iaitu amalan agama buddha, walaupun dalam lakonan perbuatan ini tetap haram disisi Islam. Akhir kata, admin ingin sarankan jika David Teoh atau Farid Kamil terbaca komentar ini tolonglah untuk filem-filem melayu yang berikutnya ubah latarbelakang cerita mengikut kesesuaian yang sepatutnya. Sekian.
kenapa tak dihindarkan adengan macam ni? Akidah merupakan sesuatu yg sangat sensitif, silap membawa padah...walaupun cuma lakonan semata-mata...sebaiknya mengucap dua kalimah syahadah..
ReplyDelete