My Diary

8/4/2011
Assalamualaikum....

Alhamdulillah....bersyukur ke hadrat ilahi....dengan limpah dan kurniaanya .... dan selawat kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Wah.... pejam celik pejam celik dah 3  bulan tahun 2011 sudah berlalu.....sungguh cepat masa berlalu. Begini lah masa di akhir zaman, bak kata pepatah ... masa ibarat pedang jika kita ketinggalan dia akan potong kita. Jika masa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita tidak digunakan dengan sebaiknya maka amat rugilah manusia itu.

Seperti yang telah dijanjikan oleh diri ana sendiri, pada 20 Januari 2011 ana akan mengemaskini blog ini (hehe ambil masa sampai 3 bulan baru nak datang azam & ilham)....Alhamdulillah....Allah SWT telah memberi semangat kepada ana untuk menulis blog ini. Jadi apa-apa perkembangan terbaru yang boleh ana kemaskini di laman blog ana ini seperti hal ehwal semasa, bahan-bahan bacaan dan kisah-kisah para-para rasul, sahabat2 baginda akan ana selitkan di dalam blog diary ana ini.

 Dengan ini ana harap mama dan abah, adik2, kawan2, dan semua manusia di seluruh dunia ( hehe kalau mat salleh nak baca pandai2 la hampa translate sendiri eh) akan  boleh berkongsi pandangan dan pendapat. mari lah sama2 kita sama mencari erti kebebasan yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita dan sama2 berkongsi ilmu yg berguna ini untuk dijadikan panduan dan kenangan kita bersama. ;)






Aku hanya insan biasa....               9/4/2011


Pertama sekali hamba ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah/silap tentang huraian atau tafsiran yang hamba berikan...apa yang hamba kongsikan kan disini hanyalah bertujuan untuk memperbanyakan pemikiran-pemikiran baru dari anak-anak muda diluar sana....seperti apa yang disarankan oleh DR MAZA @ DR ASRI ttg minda tajdidnya, dan ustaz2 lain seperti USTAZ KAZIM, USTAZ SAMSURI & USTAZ AZHAR IDRUS....merakalah idola yang patut kita contohi....dan sudah pasti idola besar yang kita sanjungi iaitu NABI MUHAMMAD SAW....marilah kita berjuang sama2 dalam membangunkan ummah di MALAYSIA yang makin lama makin layu diulit mimpi2 dan permainan duniawi..... marilah kita semarakan syiar Islam di dalam jiwa kita..........jadi jika ada pembetulan silalah tegur di ruang comment yang telah disediakan di bawah..... apa yang buruk hanya datang dari diri hamba sendiri dan yang baik datang dari ALLAH SWT.....ALLAHHU'ALAM






Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain?




Assalammualikum....di keheningan malam ni ana nak berkongsi serba sedikit tentang buku yang telah ana baca ...em bila sebut ttg keheningan malam ni terigat la pulak lagu nasyid tafakur....em nak nyayi sket lah..."di keheningan malam tafakur di ke syahduan....merindui janji mu tuhan....bantuan di perjuangan....ku titiskan air mata taubat segala dosa...agar terhijab pengikat kalbu antara kau dan aku".... fuhh....best la lagu ni....syahdu je kn? hurm....ok sambung balik... dgn adanya blog ni ana leh la mengrefreshkan mind ana ni balik ttg apa yg dah ana baca...em.... Alhamdulillah


hehe bak kata org tak kenal maka tak cinta ....jadi tercetus la idea untuk mengenali siapakah itu Zulqarnain...sebenarnya buku ni ana pimjam kat kawan je....nama dia syakir...terima kasih byk2 la kat kawan ana sorang ni...ok sambung balik ... seperti yang telah di terangkan dalam Al-Quran iaitu surah Al-Kahfi....dalam Al-Quran tidak diterangkan secara terpeinci ttg raja bernama Zulqarnain ni....dan kedua-dua watak di atas adalah org yg berlainan. Seperti yg biasa kita dengar ialah Alexender The Great yang disamakan dgn Zulqarnain dan jadilah Iskandar Zulqarnain...ataupun Alexender the great. Jadi di sini pengarang menerangkan perbezaan yang terdapat antara mereka antaranya seperti kawasan taklukan yang dikuasai, corak pemerintahan, dan sikap pemimpin itu sendiri. Di dalam buku ini Zulqarnain digambarkan sebagai seorang raja dari kerajaan babylon iaitu Raja Kurush. Jadi kepada semua peminat2 atau pengkaji sejarah apa tunggu lagi, eloklah membeli atau meminjamnya untuk dijadikan bahan bacaan....kerana terdapat pelbagai lagi kisah2 yang menarik dalam buku ini termasuklah kisah seorang nabi yang bernama Nabi U'zair....sampai disini dahulu ya...Assalammualikum dan selamat membaca :-)



1:53 AM                               25/6/2011


Assalammualikum..hai kawan2 semua..awal pagi tiba2 bersemangat nak tulis blog..gembira apabila hajat di hati nak berkawan dengan orang yang kita sangat2 nak berkenalan termakbul. Syukur Alhamdulillah..kadang2 kita rasa seperti nak berputus asa terhadap orang sekeliling....manusia memang amat sukar memahami apa yang tersirat dalam hati orang lain...hanya yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT sahaja yang dapat memahaminya....itu pun tidaklah 100%. Hanya penciptanya sahaja yang dapat mengetahui apa yang terbuku dalam hati manusia. Di saat2 hampir terputusnya harapan...jika niat asalnya bertujuan hanya kepada Allah SWT....Dia memberi semangat baru untuk kita terus yakin bahawa dia akan memakbulkan hajat kita. Walaupun kadang2 rasa seperti (tertanya2 dalam hati) "isk...betul ke yang aku buat ni?" tidak tahu adakah betul ataupun salah apa yang kita sedang buat. hurm...pause kejap....hee~


Baru malam semalam ana habis menonton filem dari jawa Indonesia ini...bertajuk Sang Pencerah....kesimpulanya filem ini amat bagus dan membuka pemikiran kita apabila melihat bagaimana seorang kiyai (syeikh/guru) agama bernama Ahmad Dahlan, ingin membetulkan keadaan dan amalan penduduk kampungnya yang kebanyakanya sudah terpesong akidahnya....disinilah ana nak cuba menyamakan kisah ana di atas tadi dengan filem sang pencerah ini dimana niat asalnya kiyai tersebut hendak membetulkan pemikiran penduduk yang kolot tentang agama dan akhirnya ditentang oleh kebanyakan penduduk kampung itu. Disaat hampir kiyai tersebut berputus asa..merasakan dia sendiri tidak tahu adakah betul caranya..lalu isterinya memberi kata2 semangat untuk terus berjuang dan berkata pada suaminya "jika kita sudah tahu...sudah tentu kita tidak akan melakukanya" disinilah kita akan belajar daripada pengalaman.

Oh....begitu hebatnya pengajaran yang diajar oleh Allah SWT kepada hambanya....supaya lebih dekat dan bertakwa kepadanya....tidak kira dimana atau bagaimana caranya sekalipun....Allah SWT akan tetap bersama hambanya yang tidak lupa kepadanya...jika pistol dan senapang yang dijadikan senjata oleh kebanyakan orang....orang mukmin pula senjatanya ialah DOA....itulah kelebihan orang mukmin yang sejati....

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah selain daripada doa. (HR Tirmizi)

Disamping amal2 soleh tidak dilupakan, menjauhi segala kemungkaran dan melakukan dengan cara yang betul berpandukan Sunnah Nabi Muhammad SAW... itulah yang membuatkan AMALAN diterima dan DOA dimakbulkan oleh tuhan yang maha esa. hurm... :) ok lah rasanya setakat ini dulu dari ana...InsyAllah jika panjang umur ana akan menaip lagi dalam page my diary ni... Sekian Assalammualikum dan selamat beramal :-)


ALHAMDULILLAH                                                                               4/5/2012

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah SWT dan selawat serta salam kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaanya dipanjangkan umur olehNya, dapat ana menaip entry blog diary Tirai Dakwah SFA untuk tahun 2012. huhu...macam nak bagi ucapan pula.

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Mei. Bulan di mana mengenangkan mamaku yang bertarung nyawa mengandungkan daku. Oh mama, sungguh besar jasamu dalam membesar dan mendidikku. Tidak terbalas jasamu walau sebesar manapun keringatku, engkaulah mamaku yang berjihad selama 9 bulan tanpa mengenal erti penat lelah dalam menjalankan ketaatanmu. Engkaulah satu-satunya mamaku, yang sentiasa mendoakan kebahagiaan untukku, disaat suka ataupun duka, senang ataupun susah. Engkaulah mama yang sentiasa keresahan apabila melihatku sakit. Sanggup berjaga malam untuk menyusu dan menidurkanku. Engkaulah mama yang ingin melihat  ku berjaya di dunia dan di akhirat.

Walaupun letih balik dari bekerja, mama akan sentiasa memastikan makanan dimasak dengan baik dan berkhasiat untuk suami dan anak-anaknya. Dimasa kecilku mama menyuapkan nasi kepada kami adik- beradik. Jariku menuding kepada lauk yang ingin ku jamah, dan akhirnya tinggallah sayur. Menggeleng-geleng kepala tak nak makan.  Mama memaksaku makan sayur, sebab dengar cakap mama ku paksa jua. Sehingga sekarang sayur pasti menjadi sahabat baik kepada ayam atau ikan & nasi di atas pinggan.

Alhamdulillah, terima kasih mama.


UJIAN HIDUP   (ana orang biasa)                                                        11/5/2012


Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan
Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana
Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi
Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini
Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana
Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandagan Samar
Biarpun Hidup Digoda
Ujian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya
Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi
Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini



28/06/2012                                                                          Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum :) kepada pembaca ruangan My Diary....:) Alhamdulillah bulan lepas bulan 5 bersamaan dengan bulan Rejab tahun Islam, dan sekarang dah masuk bulan Syaaban. :) lepas ni Ramadhan...Alhamdulillah....Semoga Allah memberi kesempatan untuk kita merasai nikmat dan barakah pada bulan Ramadhan nanti. Sekarang kita kena bersiap sedia untuk memperkuatkan lagi kekuatan dalaman dengan memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban ni. Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW berpesan :

Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

Jadi, sesiapa yang boleh beristighomah dengan wasiat Rasulullah ini...Allahuakbar...memang terbaik. Semoga boleh sama-sama kita usaha ya :) dengan keyakinan yang penuh dan ikhlaskanlah hati :) InsyaAllah akan termakbul apa yang kita hajatkan :)

Apakah itu CINTA?

Ya sememangnya cinta itu indah.. senyum sorang-sorang...makan terigat, mandi terigat, nak tidur pun terigat...isk2..kata orang, cinta itu adalah dua hati menjadi satu. Ada juga yang berkata cinta itu adalah ikatan kasih sayang  di antara dua insan berbeza jantina. Kemudian diikat dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri. Pelbagai takrif mengenai cinta diungkap. em...ada juga dikatakan penyatuan dua insan yang tidak pernah berkenalan. 

 Allah berfirman, yang bermaksud,Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). -surah Ali-Imran : 14

Ya, dihiaskan kepada manusia itu syahwat iaitu perasaan sukakan seseorang. Jika dia lelaki, maka dia mempunyai perasaan kepada perempuan. Begitulah juga sebaliknya. Seorang gadis pasti mempunyai perasaan terhadap si teruna. Itulah tabiat. Itulah fitrah bagi insan biasa. ooop..hehe...nak chill kejap...nanti ana sambung lagi...for U :P







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Elak Cabul & Rogol

10 Orang yang Dijamin Masuk Syurga

UMMU NIDHAL (Khansa Palestin)