Posts

Showing posts from December, 2012

UMMU NIDHAL (Khansa Palestin)

Image
Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin (Khansa adalah nama sohabiyah pada zaman Rasulullah S.A.W) Beliau adalah seorang 'ibu sejati' yang telah menyerahkan kesemua anaknya untuk menentang musuh dan didoakan agar mereka memperoleh syahid di bumi barakah Palestin. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah Azzawajalla. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel. Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya, "Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga". Baca dan hayatilah kata-kata ibu Mujahid ini yang telah memperse

Doa Elak Cabul & Rogol

Image
Doa ini dibaca oleh Sarah, isteri kepada Nabi Ibrahim apabila raja Mesir yang zalim datang mendekatinya untuk melakukan perkara yang keji. Sarah dikatakan seorang wanita yang sangat cantik dan raja Mesir pula seorang yang pantang melihat perempuan “dahi licin”. Raja itu akan mendapatkan mana-mana perempuan yang cantik dan sekiranya perempuan itu sudah bersuami, suami nya pula akan di bunuh. Pada satu hari, raja Mesir mendapatkan Sarah dan Nabi Ibrahim. Terus raja bertanya kepada Nabi Ibrahim, siapakah Sarah. Nabi Ibrahim menjawab ” Dia saudara perempuanku” dan nabi Ibrahim berbisik kepada Sarah supaya mengatakan perkara yang sama kerana itulah yang terbaik dinyatakan pada masa itu.