UMMU NIDHAL (Khansa Palestin)
Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin (Khansa adalah
nama sohabiyah pada zaman Rasulullah S.A.W)
Beliau adalah seorang 'ibu sejati' yang telah menyerahkan kesemua
anaknya untuk menentang musuh dan didoakan agar mereka memperoleh syahid di
bumi barakah Palestin. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan
Allah Azzawajalla. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam
tahanan Israel.
Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan
beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah
berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya,
"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan
kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang
paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang
boleh diberikan ialah syurga".
Baca dan hayatilah kata-kata ibu Mujahid ini yang telah mempersembahkan
kesemua anaknya kepada Allah S.W.T serta menanti saat dan detik untuk beliau
sendiri bertemu dan berkumpul bersama anak-anaknya di syurga yang tertinggi!
1. Antara perkataan
yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi,
"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan
bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatkegembiraan yang tidak dapat
digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".
2. "Ketika anakku yang sulong, Muhammad Fathi Farhat (As-syahid)
mencecah usia enam tahun, saya telah katakan kepadanya; Ibu mahu kamu berperang
melawan Israel dengan senjata, bukan dengan batu."
Tanpa sedikitpun keraguan serta kebimbangan dalam hati saat itu beliau
mengarahkan anak ke medan juang demi mengusir penjajah.
"Kerana saya yakin apa yang saya ungkapkan itu adalah demi kebaikan
untuk anak-anak saya."
3. "Tiada khabar yang paling mengembirakan buat saya, apabila
puteraku mula menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung bersama Briged Al
Qassam, sayap pejuang Hamas, dan sedang bersiap sedia menyongsong amanah syahid
dalam sebuah medan peperangan. Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita
saya."
Begitupun deras kalimah yang diungkapkan oleh Ummu Nidhal untuk
membangkitkan semangat perjuangan anak-anak muda Palestin, namun beliau
sebenarnya tidak mampu memungkiri kehalusan hatinya yang sarat dengan naluri
keibuan. Saat perpisahannya dengan putera sulongnya, Farhat, dia dan anaknya
itu saling berpelukan kemudian berkata,
"Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan
air mata ibu ini nak... Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu
dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu
thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala."
Begitu kuat, cekal serta tabah hati ibu ini. Semoga semua ibu-ibu dan
kaum wanita khususnya di luar sana agar dapat mengambil contoh dan iktibar
dalam melahirkan dan mendidik seramai mungkin generasi Mujahid yang bakal
mengagungkan agama Allah ini! Tiada yang lebih berharga diatas muka bumi ini
selain daripada melihat agama Allah ini kembali berada pada tempatnya! Walau
terpaksa menyerahkan anaknya sendiri yang cukup berharga...
"Wahai ibuku, relakanlah perjuangan anakmu.."
Comments
Post a Comment