Posts

Showing posts from 2012

UMMU NIDHAL (Khansa Palestin)

Image
Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin (Khansa adalah nama sohabiyah pada zaman Rasulullah S.A.W) Beliau adalah seorang 'ibu sejati' yang telah menyerahkan kesemua anaknya untuk menentang musuh dan didoakan agar mereka memperoleh syahid di bumi barakah Palestin. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah Azzawajalla. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel. Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya, "Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga". Baca dan hayatilah kata-kata ibu Mujahid ini yang telah memperse

Doa Elak Cabul & Rogol

Image
Doa ini dibaca oleh Sarah, isteri kepada Nabi Ibrahim apabila raja Mesir yang zalim datang mendekatinya untuk melakukan perkara yang keji. Sarah dikatakan seorang wanita yang sangat cantik dan raja Mesir pula seorang yang pantang melihat perempuan “dahi licin”. Raja itu akan mendapatkan mana-mana perempuan yang cantik dan sekiranya perempuan itu sudah bersuami, suami nya pula akan di bunuh. Pada satu hari, raja Mesir mendapatkan Sarah dan Nabi Ibrahim. Terus raja bertanya kepada Nabi Ibrahim, siapakah Sarah. Nabi Ibrahim menjawab ” Dia saudara perempuanku” dan nabi Ibrahim berbisik kepada Sarah supaya mengatakan perkara yang sama kerana itulah yang terbaik dinyatakan pada masa itu.

Doa dan zikir apabila memasak

Image
Doa masuk dapur رَبَّÙ†َا آتِÙ†َا Ù…ِÙ† Ù„َّدُنكَ رَØ­ْÙ…َØ©ً ÙˆَÙ‡َÙŠِّئْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َÙ…ْرِÙ†َا رَØ´َدًا Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Malaikat Maut Mengintai Manusia 70 kali sehari

Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35) Daripada Ibnu 'Umar radhiyallahu anhu bahawasannya beliau berkata, "Kami duduk-duduk bersama Rasulullah, datanglah seorang leIaki dari kaum Anshar, lalu mengucapkan salam kepada Nabi kemudian dia berkata, "Wahai Rasulullah, orang mukmin manakah yang paling utama?" Baginda bersabda, " Mereka yang paling baik akhlaknya" Dia bertanya lagi, "Orang mukmin manakah yang paling cerdik?" Baginda bersabda , "Mereka yang paling banyak mengingati kematian dan orang paling baik persediaannya untuk kehidupan setelahnya, mereka itulah orang-orang cerdik." (Hadis Riwayat ibnu Majah. D

ghuraba

Image
Sesungguhnya jalan keselamatan hanyalah satu, yaitu jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang lurus. Yang telah Allah Subhanahu wa Ta'ala sebutkan dalam firman-Nya: "Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya." (Al-An'am: 153) Telah dinukil dari sebuah hadis sohih bahwa suatu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menarik sebuah garis lurus, lalu menarik garis-garis ke kanan dan ke kiri dari garis yang lurus itu. Kemudian beliau bersabda: "Inilah (garis lurus) jalan Allah, sementara garis-garis ke kanan dan ke kiri itu adalah jalan-jalan setan  kemudian beliau membaca ayat: "Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dar

Bagaimana kita memandang?

Image

Sultan Muhammad Al-Fateh

Image
Pengenalan Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.  Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, “…kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!”. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia.  Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan kh

Pemecatan Khalifah Islam Terakhir

Image
Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid  ( 1876 - 1909 ) Tahukah anda, turki uthmaniyah pernah bersekutu bersama jerman, jepun menentang freemason british yang terdiri perikatan britain, perancis dan rusia semasa perang dunia pertama. jepun dan china juga amat membencikan yahudi kerana mereka sudah masak dengan sikap yahudi yang banyak membawa kerosakan dimuka bumi ini, kerana apa? kerana mereka tamak. Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.